Pusat Jagaan Tawakal

PUSAT JAGAAN TAWAKAL

Pilihan pelanggan

HOME NURSING SERVICES
Selamat datang ke Pusat Jagaan Tawakal Nursing Home terkemuka di Kota Bharu, rumah jagaan yang mengutamakan kasih sayang, keselamatan dan pejagaan professional dilengkapi dengan perkhidmatan ambulans. Di sini, setiap penghuni diraikan seperti keluarga dengan persekitaran yang selesa, selamat, dan tenang, dilengkapi kemudahan mesra OKU serta penjagaan khusus untuk pesakit.

Private Nurse

Kami menyediakan perkhidmatan private nurse yang berpengalaman dan berdedikasi untuk memberikan penjagaan kesihatan yang terbaik di rumah anda. Pasukan kami terdiri daripada jururawat berlesen dan terlatih yang mampu menangani pelbagai keperluan perubatan.

Rumah Jagaan Selesa

Dengan gabungan kemudahan fizikal yang lengkap dan penjagaan penuh kasih sayang, kami berusaha menjadikan pusat jagaan kami seperti rumah kedua yang aman dan menyokong keperluan kesihatan penghuni.

Kemudahan Ambulans

Perlukan ambulans untuk temu janji rawatan, pemindahan pesakit atau bukan kecemasan? TAWAKAL AMBULANS sedia membantu dengan servis professional dan harga berpatutan.

Satu-satunya nursing home di Kelantan yang mempunyai kemudahan ambulans.

PUSAT

JAGAAN

TAWAKAL

HOME NURSING

Kami dengan ikhlas menerima ibu bapa anda di Pusat Jagaan Tawakal - pusat jagaan warga emas profesional. Dengan jururawat terlatih, kami menjamin pemantauan kesihatan rapi dan penjagaan kebajikan menyeluruh beroperasi 24 JAM 7 HARI SEMINGGU. Antara perkhidmatan yang kami sediakan:
  • Penjagaan Kediaman
  • Penjagaan Jururawat
  • Penjagaan Dementia/Alzheimer
  • Penjagaan Sementara
  • Penjagaan Hujung Hayat (End of life)
  • Penjagaan Harian
  • Penjagaan Berkeperluan khas (Parkinson's dan OKU)
APA KATA MEREKA YANG GUNA KHIDMAT KAMI?
Alhamdulillah, sejak ibu saya ditempatkan di Pusat Jagaan Tawakal, saya berasa sangat tenang. Ibu yang menghidap sakit tua dan memerlukan penjagaan rapi kini mendapat perhatian yang sangat baik. Kakitangan di sini bukan sahaja profesional, tetapi juga penuh kasih sayang seperti keluarga sendiri.

Makanan berkhasiat, persekitaran yang bersih, dan aktiviti harian yang menenangkan membuatkan ibu kelihatan lebih sihat dan ceria. Yang paling menyentuh hati, mereka juga ada program doa dan zikir untuk warga emas, yang benar-benar memberi ketenangan rohani.

Saya amat bersyukur menemui Pusat Jagaan Tawakal. Bagi anak-anak yang sibuk tetapi mahukan yang terbaik untuk orang tua, saya sangat rekomen pusat ini. Terima kasih Tawakal kerana menjaga ibu dengan penuh cinta!
Puan Aisyah
Peringat, Kota Bharu Kelantan
Alhamdulillah, sejak hantar abang saya (OKU) ke Pusat Jagaan Tawakal, hati saya lebih tenang. Sebagai adik yang sibuk bekerja, tak sempat nak jaga abang betul-betul. Tapi di sini, dia dapat penjagaan private nurse yang sangat prihatin.

Persekitaran pun selesa & dekat dengan rumah kami di Melor, Kelantan. Staff di sini sangat mesra & profesional. Abang pun kelihatan lebih sihat & gembira. Syukur sangat ada tempat sebaik ini!"

Encik Amir
Kg Padang Kala, Melor, Kelantan
Dulu risau gila mak aku sakit kronik, kena jagaan rapi. Tapi aku kerja siang malam, mana sempat nak jaga betul-betul. Nasib baik jumpa Pusat Jagaan Tawakal ni! Depa jaga mak aku macam anak sendiri – ubat tepat masa, makanan kaw-kaw, nurse pun check selalu.

Yang best, mak aku pun makin stabil & happy sikit walaupun sakit. Aku pun boleh kerja tenang, takde lah rasa bersalah sangat. Kalau korang ada parents sakit teruk & tak larat nak jaga sendiri, memang boleh try sini. Trust me, worth it!
Zamri
Kubang Kerian, Kelantan
Bagus pusat jagaan ni, member yang rekemen, staff semua baik-baik dan banyak membantu emak yang sakit. Servis terbaik. Paling penting lokasi strategik dekat dengan rumah, dekat dengan hsopital. Apa-apa jadi takde la jauh sangat nak cari hsopital.
Halim
Pasir Tumboh, Kelantan
Artikel Terbaru
kepeningan_menjaga_kebersihan

Kepentingan Menjaga Kesihatan

Kepentingan Menjaga Kebersihan untuk Kesejahteraan Hidup Kebersihan merupakan aspek penting dalam kehidupan seharian yang sering dipandang remeh oleh sesetengah individu. Namun, menjaga kebersihan bukan sekadar soal penampilan atau estetika, malah…
Read more
Pusat Jagaan Tawakal

Alamat kami

Pusat Jagaan Tawakal,
1464-A, Jln.Kubang Kacang,
Lrg.Masjid,
Kg.Kubang Siput Limbat,
Kota Bharu, Malaysia

whatsapp png013-922 2453

 

Waktu Beroperasi

24Jam-7hari seminggu

© 2025 Pusat Jagaan Tawakal. All rights reserved.
Call kami
WhatsApp